Sunday, October 9, 2011

Kitco Weekly Gold Survey-10/10/11 - 14/10/11


Kajian pakar KITCO bhubung dengan harga emas minggu depan (mulai 10/10/11 - 14/10/11)
Bullish (naik) - 69.6%
Bearish (turun) - 13.0%
Unchanged (menten) - 17.4%


Friday, October 7, 2011

BAJET 2012


Najib umum Dasar Transformasi Nasional

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang 2020. [ + ] 20:08:56 PM

Ucapan Belanjawan 2012

“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA” [ + ] 18:24:15 PM

Elaun baru Ahli Parlimen Januari 2012: PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen akan diberi elaun baru bermula 1 Januari 2012 selepas jumlahnya dipersetujui semua pihak, kata Datuk Seri Najib Razak. [ + ] 18:07:46 PM

Tambahan bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam

KUALA LUMPUR: Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan bonus setengah bulan gaji manakala pesara kerajaan akan menerima bayaran bantuan RM500. [ + ] 18:02:27 PM

Bantuan persekolahan RM100 sekolah rendah, menengah

KUALA LUMPUR: Bantuan persekolahan RM100 akan diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara mulai tahun depan, kata Datuk Seri Najib Razak. [ + ] 17:56:07 PM

Warga emas dikecualikan caj pendaftaran hospital: PM

KUALA LUMPUR: Warga emas berusia 60 tahun ke atas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan, kata Datuk Seri Najib Razak. [ + ] 17:52:07 PM

Umur persaraan wajib dilanjut kepada 60 tahun

KUALA LUMPUR: Umur persaraan wajib penjawat awam akan dilanjutkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan mereka. [ + ] 17:42:52 PM

50 klinik 1Malaysia bakal dibina: PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membina lebih banyak hospital dan menaik taraf hospital sedia ada disamping menambahbaikan 81 klinik kesihatan luar bandar sedia ada serta membuka 50 klinik 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Razak. [ + ] 17:37:11 PM

Yuran pendidikan rendah, menengah dimansuh: PM

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan mulai tahun depan. [ + ] 16:49:44 PM

Bekas anggota, balu zaman darurat terima RM3,000: PM

KUALA LUMPUR: Bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu, kata Datuk Seri Najib Razak. [ + ]17:21:04 PM

Subsidi, insentif kerajaan RM33.2 bilion akan diteruskan: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, segala subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilion akan diteruskan demi semangat “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". [ + ] 17:22:33 PM

Had maksimum Skim Rumah Pertamaku, RM400,000: PM

KUALA LUMPUR: Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kepada RM400,000 daripada RM220,000, kata Datuk Seri Najib Razak. [ + ] 17:26:51 PM

Pesara kerajaan nikmati kenaikan pencen 2 peratus setahun: PM

KUALA LUMPUR: Seramai 600,000 pesara kerajaan akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. [ + ] 17:05:25 PM

Kenaikan tahunan gaji penjawat awam RM80-RM320

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. [ + ] 17:08:46 PM

RM5 bilion tingkat infrastruktur asas luar bandar: Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan peruntukan RM5 bilion untuk pembangunan infrastruktur asas luar bandar, termasuk RM1.8 bilion untuk Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa. [ + ] 16:56:00 PM

Belanjawan 2012 tumpu pembangunan modal insan, inovasi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Belanjawan 2012 akan memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan, kreativiti dan inovasi. [ + ] 16:46:00 PM

Najib umum peruntukan RM420 juta bangun Langkawi

KUALA LUMPUR: Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta bagi memesatkan lagi industri pelancongan negara. [ + ] 16:43:35 PM

Duti import, eksais kereta hibrid, elektrik dilanjut sehingga 2012

KUALA LUMPUR: Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013. [ + ] 16:41:01 PM

Peneroka FELDA akan terima 'durian runtuh': Najib

KUALA LUMPUR: Peneroka FELDA akan terima “durian runtuh” yang mana jumlahnya jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan, kata Datuk Seri Najib Razak. [ + ] 16:38:08 PM

Najib tinjau persiapan akhir Belanjawan 2012

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meluangkan masa meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di sini malam ini. [ + ] 23:31:56 PM

CUEPACS harap tuntutan diluluskan dalam Belanjawan 2012

KUALA LUMPUR: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berharap beberapa tuntutan yang dikemukakan kepada kerajaan akan diluluskan dalam pembentangan Belanjawan 2012, Jumaat ini. [ + ] 15:09:31 PM

Belanjawan alternatif pembangkang ibarat poket kosong

KUALA LUMPUR: "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang. [ + ]16:59:48 PM

Belanjawan 2012 mampu tangani masalah golongan berpendapatan rendah: Najib

KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. [ + ] 13:47:47 PM

KPWKM kemuka cadangan insentif untuk swasta ambil warga emas, OKU

SUNGAI PETANI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sudah mengemukakan cadangan untuk dimasukkan dalam belanjawan yang akan dibentangkan Jumaat ini supaya pihak swasta berminat mengambil warga emas bekerja. [ + ] 17:19:03 PM

Syor subsidi beli alat sekolah bergantung keupayaan kerajaan: TPM

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menilai keupayaan kewangannya dalam menimbang cadangan pemberian subsidi kepada pelajar miskin untuk membeli peralatan sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. [ + ] 13:56:32 PM